~Moses World~
Musa Kazim meneroka cakerawala
By: Muhammad Musa Kazim Zulkefly

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 14-Jun-2010 07:35 Email | Share | Bookmark
2 tahun berlalu...

 
 
 
 
Cepat benar masa berlalu..Sekian lama ummi tak mencoret jurnal ni lantaran kesibukan tugas seharian. Sedar tak sedar Musa Kazim sudahpun berusia 2 tahun pada 9 Jun yang lalu dan kini bergelar abang pula. Adindanya Safwatul Zahra selamat dilahirkan pada 10 Mei 2010, mengundang reaksi bercampur baur pada diri Musa Kazim. Apa tidaknya, rutin harian dan status anak tunggal dah berubah, walaupun ummi tau sebenarnya Musa Kazim gembira dengan kehadiran Zahra.

Sepanjang tempoh hamilkan Zahra, ummi tak lupa memperkenalkan Zahra kepada Musa Kazim. Setiap hari Kazim akan cium perut ummi dan kata "Sayang adik" hehe sungguh sweet kenangan itu, sweet like sugar kata omputih. Bila adik lahir Kazim dah tak cium perut ummi lagi seolah-olah tahu yang baby dalam perut ummi dah takde dalam perut hehe. Sekarang dia cium baby Zahra pula.

Namun what do you expect from a 2 year old toddler tentang perubahan rutin hidupnya? Ummi yang baru lepas bersalin tentulah tidak lagi mendukungnya ke sana ke mari dan tentulah tidak lagi menemaninya bermain sorok-sorok..malah susunya terpaksa dikongsikan pula dengan si manja Zahra. Kasihan Kazim menangis berguling-guling lambat diberi susu badan. Sebelum Zahra lahir Kazim dah pandai minum susu formula n dah berjaya dalam potty training. Tiba-tiba bila Zahra lahir Kazim tak mahu langsung minum susu formula, kalau boleh setiap masa nak berkepit dengan ummi je. Manja lah tu atau orang putih kata sibling rivalry..

Sepanjang tempoh berpantang ni karenah Musa Kazim mencabar kesabaran ummi. Temper tanrum nya menjadi-jadi tak kira siang malam malah pukul 2-3 pagi, 2-3 kali semalam pun ada. Menangis berguling-guling dan langsung taknak disentuh/dipujuk masa tengah merajuk tu. Tengah tidur pun boleh mengamuk? Ummi pun hairan dan tak pernah dengar kes begitu hehe. Makan tak mahu, menyusu botol tak mahu, semuanya tak mahu. Kadang2 tak pasal-pasal baby Zahra kena tepuk n cubit dengan Musa Kazim. Alahai Kazim anak ummi... Kadang kala ternaik juga suara ummi memarahinya, dan sekali dua ada ummi naik tangan juga (huhu sorry sayang!!). Bila dah selesai marahkan Kazim, ummi menyesal dan rasa tak patut ummi "bergaduh" dengan anak kecil yang belum mengerti apa-apa, apatah lagi anak sendiri yang selama ini ummi laung-laungkan sebagai amanah Allah. Apakan daya ummi manusia biasa dan ummi kesal dengan apa yang dah terjadi.

Sudahnya setelah sebulan Musa Kazim jadi kurus sikit, mungkin sebab stress dalam bahagia agaknya...Dalam masa yang sama, ummi giat menimba ilmu keibubapaan dari pembacaan di majalah kegemaran ummi Pa&Ma dan artikel-artikel di internet terutamanya web kegemaran ummi babycenter.com.my. Memang benar ilmu pelita hidup. Setelah mengamalkan apa yang dipelajari melalui pembacaan tersebut, ummi rasa lebih mudah mengharungi minggu-minggu awal ummi bergelar ibu kepada 2 anak. Emosi ummi jadi lebih stabil dan lebih mudah mengawal keadaan dan menguruskan anak-anak.

Dalam tempoh berpantang ni juga ummi terpaksa bercerai susu dengan Kazim atas 2 sebab. Yang pertama, umurnya dah genap 2 tahun. Dah lama sebenarnya kaum keluarga nasihatkan ummi bercerai susu dengan Kazim kerana mengandung n takut berebut susu dengan adiknya kelak. Cuma ummi yang belum sanggup berpisah susu masa tu kerana belum genap 2 tahun, ummi sentiasa ingat dalam Al-Quran disebutkan bahawa tuga ibu menyusukan anaknya sehingga 2 tahun, ummi takut pecah amanah dengan Allah kalau berpisah susu lebih awal. Sebab yang kedua, umi tak dapat meneruskan tandem breastfeeding kerana ummi menghadapi kesukaran mendahulukan keperluan susu Zahra kalau Kazim masih menyusu. Al-maklumlah Kazim sentiasa berkepit dengan ummi tak mahu berpisah.

Akhirnya ummi sapukan "browning sugar" yang hitam pekat tu dan Kazim yang agak pembersih dan penggeli itu tak mahukan lagi susu umi. Sehari sahaja semuanya berlaku dan Kazim tidak minta lagi susu ummi. Kasihan Kazim sayang, tapi itulah hakikat yang kita berdua terpaksa terima nak..Dah tiba masa kau melangkah ke alam awal berdikari dalam hidupmu..Yang pastinya kasih sayang ummi tak pernah berkurang padamu sayang..Jadi anak yang soleh ya sayang!!





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net