~Moses World~
Musa Kazim meneroka cakerawala
By: Muhammad Musa Kazim Zulkefly

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Monday, 14-Jun-2010 07:35 Email | Share | | Bookmark
2 tahun berlalu...

 
 
 
View all 4 photos...
Cepat benar masa berlalu..Sekian lama ummi tak mencoret jurnal ni lantaran kesibukan tugas seharian. Sedar tak sedar Musa Kazim sudahpun berusia 2 tahun pada 9 Jun yang lalu dan kini bergelar abang pula. Adindanya Safwatul Zahra selamat dilahirkan pada 10 Mei 2010, mengundang reaksi bercampur baur pada diri Musa Kazim. Apa tidaknya, rutin harian dan status anak tunggal dah berubah, walaupun ummi tau sebenarnya Musa Kazim gembira dengan kehadiran Zahra.

Sepanjang tempoh hamilkan Zahra, ummi tak lupa memperkenalkan Zahra kepada Musa Kazim. Setiap hari Kazim akan cium perut ummi dan kata "Sayang adik" hehe sungguh sweet kenangan itu, sweet like sugar kata omputih. Bila adik lahir Kazim dah tak cium perut ummi lagi seolah-olah tahu yang baby dalam perut ummi dah takde dalam perut hehe. Sekarang dia cium baby Zahra pula.

Namun what do you expect from a 2 year old toddler tentang perubahan rutin hidupnya? Ummi yang baru lepas bersalin tentulah tidak lagi mendukungnya ke sana ke mari dan tentulah tidak lagi menemaninya bermain sorok-sorok..malah susunya terpaksa dikongsikan pula dengan si manja Zahra. Kasihan Kazim menangis berguling-guling lambat diberi susu badan. Sebelum Zahra lahir Kazim dah pandai minum susu formula n dah berjaya dalam potty training. Tiba-tiba bila Zahra lahir Kazim tak mahu langsung minum susu formula, kalau boleh setiap masa nak berkepit dengan ummi je. Manja lah tu atau orang putih kata sibling rivalry..

Sepanjang tempoh berpantang ni karenah Musa Kazim mencabar kesabaran ummi. Temper tanrum nya menjadi-jadi tak kira siang malam malah pukul 2-3 pagi, 2-3 kali semalam pun ada. Menangis berguling-guling dan langsung taknak disentuh/dipujuk masa tengah merajuk tu. Tengah tidur pun boleh mengamuk? Ummi pun hairan dan tak pernah dengar kes begitu hehe. Makan tak mahu, menyusu botol tak mahu, semuanya tak mahu. Kadang2 tak pasal-pasal baby Zahra kena tepuk n cubit dengan Musa Kazim. Alahai Kazim anak ummi... Kadang kala ternaik juga suara ummi memarahinya, dan sekali dua ada ummi naik tangan juga (huhu sorry sayang!!). Bila dah selesai marahkan Kazim, ummi menyesal dan rasa tak patut ummi "bergaduh" dengan anak kecil yang belum mengerti apa-apa, apatah lagi anak sendiri yang selama ini ummi laung-laungkan sebagai amanah Allah. Apakan daya ummi manusia biasa dan ummi kesal dengan apa yang dah terjadi.

Sudahnya setelah sebulan Musa Kazim jadi kurus sikit, mungkin sebab stress dalam bahagia agaknya...Dalam masa yang sama, ummi giat menimba ilmu keibubapaan dari pembacaan di majalah kegemaran ummi Pa&Ma dan artikel-artikel di internet terutamanya web kegemaran ummi babycenter.com.my. Memang benar ilmu pelita hidup. Setelah mengamalkan apa yang dipelajari melalui pembacaan tersebut, ummi rasa lebih mudah mengharungi minggu-minggu awal ummi bergelar ibu kepada 2 anak. Emosi ummi jadi lebih stabil dan lebih mudah mengawal keadaan dan menguruskan anak-anak.

Dalam tempoh berpantang ni juga ummi terpaksa bercerai susu dengan Kazim atas 2 sebab. Yang pertama, umurnya dah genap 2 tahun. Dah lama sebenarnya kaum keluarga nasihatkan ummi bercerai susu dengan Kazim kerana mengandung n takut berebut susu dengan adiknya kelak. Cuma ummi yang belum sanggup berpisah susu masa tu kerana belum genap 2 tahun, ummi sentiasa ingat dalam Al-Quran disebutkan bahawa tuga ibu menyusukan anaknya sehingga 2 tahun, ummi takut pecah amanah dengan Allah kalau berpisah susu lebih awal. Sebab yang kedua, umi tak dapat meneruskan tandem breastfeeding kerana ummi menghadapi kesukaran mendahulukan keperluan susu Zahra kalau Kazim masih menyusu. Al-maklumlah Kazim sentiasa berkepit dengan ummi tak mahu berpisah.

Akhirnya ummi sapukan "browning sugar" yang hitam pekat tu dan Kazim yang agak pembersih dan penggeli itu tak mahukan lagi susu umi. Sehari sahaja semuanya berlaku dan Kazim tidak minta lagi susu ummi. Kasihan Kazim sayang, tapi itulah hakikat yang kita berdua terpaksa terima nak..Dah tiba masa kau melangkah ke alam awal berdikari dalam hidupmu..Yang pastinya kasih sayang ummi tak pernah berkurang padamu sayang..Jadi anak yang soleh ya sayang!!





Tuesday, 29-Dec-2009 04:45 Email | Share | | Bookmark
Catatan lama - Dec 2009

 
 
 
View all 4 photos...
lamanya ummi tak mencoret di sini..terlalu busy dengan urusan seharian n masa-masa yang berbaki dihabiskan untuk keluarga tercinta. namun ummi kongsikan banyak gambar-gambar Musa yang terkini di Facebook.cepat dan mudah tanpa sebarang catitan

Musa kini sedang meneroka cakerawala ciptaan Allah yang indah ini - yang pasti tidak lama lagi insyaallah Musa akan dapat seorang adik! Semoga selamat semuanya. Semoga Musa terus membesar sihat dan ceria, dan cerdas fikirannya. Oh ya - ummi masih tabah menyusukan Musa, cuma kebelakangan ini bekalan susu semakin berkurangan mungkin kerana ummi mengandung. Moga Musa terus diberi rezeki menghirup susu ummi sampai waktu yang sepatutnya..


Saturday, 21-Mar-2009 01:09 Email | Share | | Bookmark
Catatan lama - Mac 2009

 
Lama sungguh ummi tak update blog foto Musa ni..busy bee sikit lah ummi. Al-maklumlah tanggungjawab di pejabat pun dah bertambah, malah hujung2 minggu pun kena kerja juga kadang2 -menghadiri aktiviti2 anjuran JPK2 di Kolej. Masa lain yang terluang ummi isikan sebaik mungkin, beramah mesra dengan Musa Kazim dan Baba nya, menziarah Oma di kampung, memasak special sikit dari biasa atau sekadar membereskan kerja-kerja rumah dan shopping2. Malam ummi pastikan tidur awal kalau boleh-demi menjaga kesihatan. yelah kalau ummi sakit sape pulak nk jaga family kecik ni n sape pulak yang bereskan kerja2 di pejabat? Hehe, jadi hari ini merupakan sabtu pertama yang ummi betul2 free untuk mencoret di sini. Musa Kazim ada di sisi ni tgh bermain sorang2, explore dunianya sendiri. Baba hari ni kena hadir aktiviti pelajar di uitm sampai tengahari. pagi2 tadi kita semua dh bangun awal untuk breakfast bsama2 - tapi ummi tak masak lah, sarapan kat kedai je hehe.

Musa Kazim? sekarang giginya dah nak masuk 4, merangkak laju betul, n skrg tgh belajar berdiri. habis semua benda nak dipanjatnya. dah pandai lambai2 bye2, dah pandai cakap 'nenen' bila nak susu. mamam bila nak makan, ummi bila sedih, baba bila happy, pandai tepuk tangan, masukkan bongkah dgn lubang yg sepadan - yang tak tahan mandi mesti menyanyi! alamak anak saya sudah berjangkit perangai ummi nya hehe. tapi nakal macam mana pun, bila dengar azan mesti PAUSE kejap.

itulah Musa Kazim setakat ini, semoga si manja ummi ini terus dikurniakan kesihatan yang baik, kecerdasan dan kebijaksanaan, serta segala sifat2 soleh seorang mukmin. Ummi upload beberapa lagi gambar musa semasa 8 bulan hari tu.


Wednesday, 7-Jan-2009 14:04 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 4 photos...
More MASNITA Big Book Course photos..


Sunday, 4-Jan-2009 07:34 Email | Share | | Bookmark
Gambar-gambar semasa Kursus Big Book MASNITA

 
 
 
View all 6 photos...


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net